nuffnang 3

23 August 2010

Tip-tip menjamin kerukunan rumahtangga khas untuk suami

1.
Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4
Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8.
Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9.
 Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

1 0.
Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11.
Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami"degil" tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.
Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18.
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19.
 Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.
Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

9 comments:

Fieza79 said...

hahaa..yg no 10 mmg en somi tak buleh ubah tabiat tu..heee

Mek Rose said...

hoho..bagus ni..kongsi2..:-)

Qaseh Suhaida said...

yang baik wajib dikongsi bersama...semoga menjadi panduan buat kita semua.

Isteri kepada Suami said...

waahhh...best nih...sofia nak kasik tunang sofia baca..suh die buat persediaaan awal before kahwin..hehehhe

regards,
Triplesmiley & 1 Sweet Love

mummysyafie said...

nice info..

nanti print bagi kat hubby..hihihi

Kaktiny said...

salam..

hahaha.. beanr2 luahan seorang isteri...

tp, kalau bg kat para suami, nanti diaorg balas balik dgn quote hadis segala bagai.. otak lelaki ni kan ligaaattt... 9 akal mengatasi 1 nafsu... hahaha.

but.. really nice.. hehehe.

Anonymous said...

Bagi kaum perempuan yang agak suka mendominasi, mungkin nampak bagus. Tapi bagi saya, banyak statement ni yang agak kurang ajar yang tak patut di keluarkan oleh seorang isteri kepada suami. Mungkin Qaseh ni selalu keluarkan ayat2 kurang ajar ni pada suami dia, kalau suami dia jenis pemaaf tak kesah lah. Tapi kalau suami dia jenis memendam, memang masa mati nanti berasap la kubur si Qaseh ni tak dapat kemaafan suami. Wahai Pn Qaseh, kalau rasa nak cari makan cara halal kat public ni, ikut lah cara Al-Quran. Jgn dgn mudah keluarkan statement2 utk public baca yang boleh memporak peranda kan rumah tangga orang. Kalau dapat suami pengotor, cuba check diri sendiri kenapa Allah jodohkan kita dengan suami pengotor. Bukan asyik salahkan suami je bila ditimpa musibah.

Qaseh Suhaida said...

maaflah jika statement ni telah melukakan hati sesiapa tp apa yg sy kongsikan di sini adalah ikhlas dan tiada niat langsung untuk aibkan sesiapa termasuk suami sy sendiri. kebanyakkn statement ni pun sy ambik dr ruangan seorang pendakwah agama. janganlah cepat menuduh dan bertindak mengikut rasa. apa salahnya kalo kita ambil yang baik. walau apa pun terima kasih atas teguran slps ni maybe sy akan berhati2 dlm mengeluarkan statement.

dira said...

bagus pn.Qaseh..
tips yg baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...