nuffnang 3

16 February 2012

Padan Muka Sendiri




ASSALAMUALAIKUM...




Fuhhhh....tarik nafas dalam-dalam dulu,
tersangat letih dan amat-amat kepenatan minggu ini.
Mengejar masa untuk attend 2 kelas sekaligus dalam satu hari.
Pagi attend kelas Beauty dari pagi sampai petang.
Habis kelas Beauty pukul 4.00ptg
terus balik rumah bersiap-siap untuk attend
kelas Jahitan pukul 6.00ptg-9.00mlm.
Kesian anak-anak sangat-sangat terabai 3hari berturut-turut.



Tak boleh mengeluh banyak-banyak nanti
my Hubby bising sebab diri sendiri yang nak kan.
Jadi Padan Muka sendiri whuooo waaaa...


Nasib baik hari ini tak ada kelas boleh rehat kat rumah.
Rehat???  tak de maknanya rehat.
Baju sebakul besar tuu melambai-lambai je minta di basuh.



Aku yakin BOLEH dan mampu melakukannya.
Tanggungjawab aku sebagai Isteri & Ibu tak akan aku abaikan. Komitmen sebagai pelajar untuk menghadiri kelas
dan fokus dalam pembelajaran akan terus menjadi keutamaan aku sebab inilah IMPIAN & CITA-CITA aku sekarang.





4 comments:

Kakzakie said...

Kalau kakak dulu masa belum ada pembantu perkara berkaitan baju dari cuci, sidai dan ambil dari ampai semua abang buat. Lipat sama-sama, tapi iron kakak buat...

Insya-Allah bila dah pandai boleh buka kedai sendiri kan..

miloais milo said...

good luck beb!
mula2 aje rasa penat dan tenat
lama2 nanti -ok lah...
bak kata orang - alah bisa tegal biasa

azieazah said...

Perkataan yang paling sesuai kot Kak Azie nak bagi: PENGORBANAN!

Yakin boleh. InsyaAllah.

saya tak tipu.... said...

susah2 dulu peh tu sng2 kemudian k.gud luck.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...