nuffnang 3

14 March 2012

Bercuti erat kasih sayang



ASSALAMUALAIKUM....



Mesti yang bercuti sekarang kan maklumlah Cuti Sekolah sebab traffic pagi tadi amatlah clear dan lancar + tenang (takde la aku dengar myhubby membebel sepanjang perjalanan sbb jem). Sampai kat kelas pun awal so pergi la sarapan dulu kat Restoran Haslam seperti biasa aku berkeseorang tanpa teman hanya makan roti canai telur + air milo. Bila aku tengok keliling penuh dengan ibu bapa yang bawa anak-anaknya bersarapan pagi.


 
Hu huu...sedih rasanya sbb my hubby tak ambil cuti. lagi kesian kat Ayuni la sebab dia cuti sekolah sekarang ini, takde bawa dia pergi jalan-jalan pun duduk rumah je, kadang-kadang aku tengok dia pun boring main sorang-sorang, tapi kadang kadang dia suka sangat kacau adik dia. Adik dia pulak tak suka kalau orang peluk atau angkat dia tapi itulah yang Ayuni suka buat kat adik dia. Adik dia apa lagi menangis la, maybe Ayuni nak main-main dengan Adik dia tapi tulah adik dia kecik lagi tak pandai nak main sgt.

Takpe, hujung minggu ini Mama dah plan kita sekeluarga akan pergi ke Morib Gold Coast Sepang. Jadi kita akan bergembira di sana sepuas-puasnya. Lagipun cuti sekolah dah nak habiskan. Masa inilah untuk kita bawa anak-anak masing-masing jejalan dan mesra dengan persekitaran di luar dari dunia sekolah, rumah  dan tempat pengasuh sahaja. Penting untuk mereka yang baru nak membesar ini menerokai alam persekitaran untuk cepat belajar mengenal budaya dan menghirup persekitaran yang bersih lagi indah. Boleh juga untuk relaxkan minda anak-anak kita daripada tekanan belajar dan peperiksaan. Lagi penting masa inilah untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri dan juga anak-anak. 

6 comments:

Unknown said...

As salam Qaseh,

Happy Holiday! Pergi Morib Gold Coast bestnyeeee... nnt amik gambar byk2 ye! :D

Kakzakie Purvit said...

Cuti sekolah ini kakak pun tak bawa anak makan angin. Kami balik kampung jenguk org tua aje. Sekarang mereka bergelumang dgn novel/majalah di rumah sementara mama/papa kerja. Tiap malam kami menyusur keluar makan dan jenjalan di JB aje...

LYAfrina said...

selamat bercuti & mgerat kasih sayaang :-)

smoga semuanya bjln lncar..amin

|| NaFiRaa || said...

kami pon x kemana2 jugak.. huhuhu

miloaiskurangmanis said...

iols pun cuti sekolah ni tak gi mana2...
my doter tak cuti - still kena gi sekolah,,,,
iols jugak sibuk....

Mama Gee said...

x sabar nk tgk gambar2 di sana....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...