nuffnang 3

20 March 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN




ASSALAMULAIKUM...




Selamat mengambil keputusan SPM kepada semua calon-calon SPM 2011. Harap adik-adik semua mendapat keputusan yang cemerlang. Pada yang kurang cemerlang janganlah bersedih dan berputus ada kerana gagal sekali tak bermakna gagal selamanya (dah mcm pakar motivasi pulak). Opp jgn silap bukan cita-cita nak jadi pakar motivasi pun. Sekadar memberi semangat kepada anak-anak bangsa dan anak-anak Malaysia supaya terus berusaha kerana Usaha Tangga Kejayaan.



Setiap Usaha yang kita lakukan mestilah dengan bersungguh-sungguh dan berterusan. Bagi mereka yang telah berUsaha InsyaAllah kejayaan milik mereka. Bagi mereka masih gagal walaupun telah berUsaha, anggaplah ia suatu ujian buat anda supaya anda berUsaha lebih lagi dan mungkin ada hikmah disebaliknya.





Ingat "DUIT", jika nak berjaya...





D - DOA

Doa adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana setiap yang kita lakukan mestilah dimulai dengan niat yang betul. Dalam Islam misalnya kita diajar untuk berdoa setiap kali melakukan sesuatu. Walaupun hanya dengan membaca Bismillah.


 U - USAHA

Setelah berdoa barulah kita BerUSAHA untuk mencapai apa yang kita kehendaki tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Usaha yang kita lakukan tidak hanya dengan tenaga dan wang ringgit sahaja tetapi dari segi masa, idea, kepakaran atau kemahiran dan pengalaman kita.



I - IKHTIAR

Ikhtiar bermaksud mencari jalan atau cara yang lebih baik untuk mencapai kejayaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. Ikhtiar juga merupakan salah satu cara daripada kita mudah putus asa dengan cepat.



T - TAWAKAL

Perkara terakhir yang kita lakukan setelah berdoa, berusaha dan berikhtiar. Tawakal adalah berserah kepada Allah atau redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh yang Maha Esa. 






"SELAMAT BERAMAL...SELAMAT BERJAYA"

3 comments:

Ayuni said...

hikhik, diorg dh dpt result dh, alhamdulillah...

miloaiskurangmanis said...

tu lah.... sekali gagal - boleh cuba lagi...
yg penting - jangan ulang kesilapan yag lalu...

Unknown said...

teringin nak ambik SPM balik...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...