nuffnang 3

27 July 2012

Zikir


Assalamualaikumm...

Salam 9 Ramadhan 1433 Hijrah...



Hujung minggu ini balik Melaka. Berpuasa dan berbuka puasa dengan Ayah & Ibu Mertua pulak. 


Alhamdulillah dah masuk 9 hari kita berpuasa, masih mampu bertahan daripada lapar & dahaga. tapi masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya nafsu & hati ini supaya bersih daripada segala perkara yang noda. 

Begitu juga dengan Pancaindera & anggota badan kita seperti :-

1. Mata - mesti dipelihara daripada melihat perkara-perkara yang boleh menambahkan dosa.

2. Telinga - Hindarilah telinga daripada sebarang khabar angin, fitnah, umpat keji dan berita2 sensasi yang hanya ditokok tambah penyebarnya.

3. Mulut - wajib dijaga daripada menipu, mengata, mengumpat & menyebarkan fitnah serta bercakap sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Bak kata perpatah "kerana mulut badan binasa".

4. Tangan - Peliharalah tangan daripada memegang, bersalam & bersentuh dengan orang yang bukan muhrim, mencuri, meragut, mengambil barang-barang orang lain tanpa izin dan sebagainya.

5. KakiWajib dijaga daripada melangkah ke tempat-tempat maksiat, menyepak & menentang orang lain.

6. Hati - mengsucikan hati daripada perasaan hasad dengki, cemburu, buruk sangka, iri hati, tidak puashati, marah, dendam dah sebagainya. 


InsyaAllah kita mampu melakukanya, Bersih & Suci luaran dan dalaman daripada segala perkara yang menambahkan dosa. Di bulan penuh rahmat dan keberkatan, mulia lagi suci ini sama-samalah perbanyakkan amalan & ibadat.



Zikir





1 comment:

Rozita said...

insya-allah. cuba perbaiki dari hari ke sehari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...