nuffnang 3

05 July 2012

Pilot Firefly Bakal Suami Ella



Assalamulaikum..


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA. Kita masih bernafas di hari Jumaat yang penuh barakah ini. Moga hari ini akan lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. 




Alhamdulillah, akhirnya Ratu Rock Negara ELLA akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang Pilot Firefly iaitu Azhar Ghazali 30an berasal dari Muar, Johor. Mereka akan bernikah pada malam esok (7 july) selepas solat Isyak dengan berwalikan abang kandung Ella sendiri Mohd Norizam Aminuddin. Majlis akan berlangsung secara sederhana di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.



“Alhamdulillah saya dikelilingi mereka yang begitu menyayangi saya terutama Azhar yang begitu memahami dan tidak henti menyokong karier saya selama ini. Saya gembira kerana kami akhirnya sampai ke satu fasa penting dalam hidup kami. 

“Azhar sebenarnya memberikan perspektif yang berbeza dalam hidup saya. Dia bukan sekadar menghormati saya dan keluarga saya. Sepanjang mengenalinya, sejak sembilan tahun lalu dan seterusnya menjadi lebih akrab sejak tiga tahun kebelakangan ini, saya boleh sifatkan Azhar sebagai lelaki yang sangat matang.

“Saya yakin dan percaya yang Azhar mampu membimbing saya dalam perkahwinan ini, insya-Allah,” ujar Ella.


Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya akan menjadi lokasi majlis persandingan mereka berdua pada 1 Disember 2012.







Tahniah kepada Kak ELLA, Selamat menempuh alam rumahtangga, semoga mahligai yang dibina akan kekal Abadi selamanya dan cepat-cepat menimbang cahaya mata.



2 comments:

|| NaFiRaa || said...

Tahniah buat Ella..:)

Catatan Asmidar said...

nampak cam ensem je bakal suami dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...