nuffnang 3

05 September 2012

Cerita Raya di Masjid Tanah


ASSALAMULAIKUM....

19 Syawal 1433hijrah



Baru ada masa nak update cerita tentang raya kami sekeluarga
harap2 taklah terlambatkan sebab 
 RAYA KAN SEBULAN!.

^

^

^

^

^

27 Ramadhan (16 Ogos)
- bertolak ke kampung halaman Suamiku di Masjid Tanah, Melaka pada petang tu. Memang rancang balik awal sebab takut lebuhraya jam hu huuu.
- (16 Ogos) merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran aku yang ke -28 tahun. (sudah 3 tahun berturut-turut sambut harijadi di dlm bulan puasa syukur Alhamdulillah).


28 Ramadhan (17 Ogos)
- kitaorang buat dodol & anyam ketupat kat rumah nenek suamiku bersama-sama dengan sanak-saudara yang lain. 

 
29 Ramadhan ( 18 Ogos)
- Sehari aku sibuk didapur mertua untuk persiapan buat rendang dari tengahari sampai ke malam hu huu.. letih sangat. Tapi semangat nak raya pun pasal gagahkan memasak rendang ayam dengan rendang daging rusa berempah kul 10.00mlm baru siap tau pastu terus tidur. 





 1 Syawal 1433 Hijrah

Sebahagian daripada anak, menantu dan cucu Abdullah (keluarga Suamiku)
Bergambar setelah salam bersalam dan berpelukan meminta maaf salah dan silap.

 Habis sesi bergambar, kami pun beramai-ramai keluar beraya, rumah pertama yang dikunjungi wajiblah rumah nenek dulu. Pak-pak saudara dan sepupu sepapat suami pun ada di sana. macam biasa bersalam-salaman dan makan-makan. Sambung beraya ke rumah nenek dan saudara-saudara lain yang berdekatan jalan kaki je tau. 5 buah rumah jugak yang kami kunjungi sampai ke petang hu huu...kenyang, letih, mengantuk semuanya ada.
 

sempat bergambar di rumah nenek
Sedondon hijau pucuk pisang tema raya tahun ini
(time ni Ashraaf dah tidur, Ayuni tengah main dgn sepupunya)


 

3 comments:

Kakzakie said...

Balik beraya mesti letihnya tak terkata, malam dah tak boleh makan lagi kan...

atty's said...

mcm pengantin baru , gmbr yg last tu..
selamat hariraya

pinky said...

selamat hari raya ya...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...