nuffnang 3

27 September 2012

Musim cirit-birit




ASSALAMUALAIKUM....


Salam Jumaat Mubaraka....


Mylittle Hero dah kena cirit-birit sudah 3hari. Disebabkan Mama dia busy dengan final exam jadi baru semalam bawa Ashraaf pergi klinik. Masa tengah tunggu giliran, tiba2 Ashraaf boleh tercirit sampai meleleh keluar dr pampers habis seluar, kasut dia terkena hu huu...yang membuatkan aku panik sekejap sbb terkena sofa dan lantai klinik juga. berlari aku angkat Ashraaf bawa pergi tandas. lepas siapkan Ashraaf barulah aku bersihkan sofa & lantai mmg malu tapi takkan nak biarkan dengan muka yg tak bersalah pulak kan.


Nasib baik 10minit lepas tu Doktor pun panggil nama Ashraaf. macam biasa la kan Doktor tanya sakit apa? aku pun bagi tau Ashraaf kena cirit birit. muntah ada sekali masa hari pertama kena cirit pastu tak de dah, demam pun takde. pastu Doktor just cakap sekarang musim cirit birit sebab ramai jugak bebudak yang kena cirit birit. terlopong aku sekejap sbb inilah pertama kali aku dengar ada musim cirit-birit yang aku tahu musim demam, batuk tu je. Jadi, Doktor hanyabagi ubat angin, sakit perut/muntah dan krim buntut je.


Bila aku buat status kat FB tentang musim cirit birit ini, ramai juga kawan-kawan yang memberikan komen.




Muntah dengan cirit-birit selalunya berkaitan, biasanya simptom orang yang terkena keracunan makanan. mula-mula mmg aku pun fikir Ashraaf keracunan makanan sebab balik kampung hari tu ada beli makanan kat pasar malam. Risau sangat2 tapi bila Doktor ckp Musim cirit-birit lega la sikit.




Tapi bila ada kawan yang bg tahu tempat dia ramai sgt yang kena cirit birit aku jadi risau semula yelah kalo betulah cirit birit berpunca daripada air paip yang kita gunakan mestilah kita risau sebab air paip adalah sumber utama kehidupan kita seharian. Baik dari minum, mandi, membasuh, memasak dan sebagainya memerlukan air. Walaupun air paip tu kita masak dulu sebelum minum tapi aku was-was juga sbb ini soal kesihatan kalo sakit nanti kan susah.


Rakan-rakan Blogger semua macam mana tempat tinggal korang adakah terkena musim cirit birit juga. kongsikan dengan saya di sini. 




5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

sama la..syahmi anak saya pun kene minggu nie..

Sha Saperi said...

mmg musimlah skrg ni...anak sha pun kena cirit birit sekarang...kesian

|| NaFiRaa || said...

Alhamdulillah..anak2 saya setakat nih x de lagi.. risau jugak nih..
moga ashraaf cepat sembuh~

pinky said...

seksa kalau cirit ni....klau klinik penuh...huhuhu...jenuh nak q...

azieazah said...

Biasanya doktor akan bagi air garam utk elak dehaidarsi. Kurang air sebab cirit birit. Biasanya tak bahaya, tapi kena makan ubat jugala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...