nuffnang 3

06 September 2012

Raya di Kampung Halamanku



ASSALAMULAIKUM
20 Syawal 1433 Hijrah



Sambung cerita pasal beraya, 

Raya ke 2 - Pulang beraya ke kampung kome la pulak di Kampung Gajah, Perak. Nasib baik jalan tak jam teruk cuma kereta je banyak mungkin masih ada yang baru balik kampung. Pukul di 9.00mlm baru sampai rumah Mak Abah. Sebab kita orang singgah tengok rumah dulu di KL yelah nak tinggal rumah lama-lama mmg risau sbb time2 macam ni lah si melaun2 tu nak buat projek.


Raya ke 3 - Beraya ke rumah sanak saudara di kampung bersama-sama dengan keluarga kakak aku yg sanggup tunggu kepulangan kami sekeluarga. 

Satu-satunya Kakak aku bersama suami dan anak-anaknya

 Setiap tahun seperti biasa kita orang akan beraya kerumah Tok Su (adik pd arwah nenek sebelah Mak) yang tinggal di kampung berdekatan, pastu rumah Pak long (anak Tok Su), kemudian ke rumah Mak Ngah ada buat kenduri arwah, sambung raya kerumah Pak Lang (abang Mak), Long Minah (sepupu Abah) dan rumah terakhir mestinya rumah Bang Long (abang yg sulung). Satu hari harung sekaligus pusing hampir 2, 3 kampung jugak lah hu huuu. tapi sedih sebab sedikit ketupat rendang pun tak kelihatan hanya tinggal baki-baki kuih raya yg jadi hidangan. 


Raya ke 4 - Berehat di rumah sebab dada aku semakin sakit sangat2. Nak baring tak boleh nak duduk pun tak boleh rasa dada sempit sangat2 nak bernafas pun susah. Bila batuk lagilah bertambah sakit sgt2 jadi ajak suami pergi klinik yang berdekatan. Nasib baik ada satu je klinik yang buka tapi punyalah ramai orang. Setengah jam menunggu giliran barulah nama dipanggil. Doktor check paru-paru, di cakap banyak kahak dan mungkin ada jangkitan dan macam ada penat sikit. terus dia bagi nebulizer (gas) hampir 10minit, bagi ubat antibotik, penat dan ubat batuk. Doktor ckp kalo tak ok jugak doktor suruh rujuk ke hospital terus. 


Raya ke 5 - Masih dirumah Mak Abah, masih sakit, hanya terbaring dalam bilik. Sudah tak tahan menanggung sakit akhirnya aku ajak suami balik ke KL petang tu jugak. hu huuu tak dapat beraya dengan gembiranya.


Raya ke 6 - beraya dihospital (sambung cerita di entry seterusnya)


4 comments:

Kesuma Angsana said...

gambar nampak pink purle je hehehe

pinky said...

keluarga besar mood raya mesti meriah kan??

:: Mrs.Eady :: said...

loveee family picca!

Kakzakie said...

Allah hu robbii.. kena beraya di Hospital tu yg sedih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...