nuffnang 3

16 June 2010

Siapa Kata Pengangkutan Awam ni Menyusahkan, Byk kebaikan yg kita dapat

Hujung minggu yg lepas, aku dan ayuni terpaksa pulang ke kampung dengan bas. sbb Papa kena pergi Bandung Indonesia. Aku kena balik Kg jugak sbb ada sepupu rapat aku kahwin. Sebenarnya mmg aku takut jugak naik bas. Lebih 2 tahun aku tidak menggunakan perkhidmatan awam ni. tapi aku beranikan diri & takawal je lah.



Transnasional adalah pengangkutan pilihan utama aku. Maybe aku lebih yakin dgn perkhidmatan yg ditawarkan krn sblm ni aku pernah menggunakan bas transnasional utk balik kg (ms tu aku bujang lagi). Sekarang hentian bas di Pudu ditutup buat sementara, so terpaksa la menapak ke Bkt Jalil utk beli tiket bas. Aku ke sana dgn pengangkutan awam jugak..Star di Salak Selatan terus je k Bkt Jalil mmg cepat dlm 15 minit je aku smpai. bila sampai aku mmg terus serbu ke kaunter transnasional je..beli tiket utk 2 sit Aku n Ayuni..

 Tiket ke Teluk Intan, Dewasa RM 14.00 dan Kanak2 RM 8.00 je. Mmg murah...Smpai Papa ckp kalo mcm ni balik Kg naik bas je la...boleh save bajet byk ni...drpd balik naik keta.


Ternyata pilihan aku tepat, bas transnasional lagiii canggih dari dulu...mmg selesa n tmpt duduk dia pun class..puashati. Ayuni pun suka..dia duduk je xnak bangun2.

Perjalanan dr KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Smpai je di hentian basTeluk Intan..aku terus menelefon Abah minta dtg ambik. Hmm..Kat Teluk Intan pun dah ada hentian baru lagi besar n selesa. Mmg cepat je perubahan terhdp pengangkutan awam ni utk keselesaan org ramai.


Utk kenangan aku & ayuni pun sempat posing dlm bas tu...ini masa dlm perjalanan dari Teluk Intan ke KL semula. Ayuni br je bangun tido masa tu...



Note : Pengangkutan Awam sekarang semakin canggih berbanding dulu. 

7 comments:

Lynn Nasir said...

salam,

saya pun suka sebenarnya naik bas ekspress ni. tak sabar nk tunggu anak2 besar (takyah nk b'salin lampin, bancuh susu bagai)..then pujuk suami supaya blk kampung naik bas aje. mmg save ^^

Redbloodsnow said...

haaaa tol tuh yang. mmg ade bykkkk kebaikkan. Eeeeee comel ah ayuni tuh yang. geram lak zie tgk. tlg picit pp die tuh kuat kuat sampai lebam ek o behalf of zie..hahaha :P

chubby sgt ah!!!! dh lah reti berposing...eeeee comel comel.

Fieza79 said...

anak2 suka sgt naik bas sb meka jrg dpt naik bas awam neh..!

mmg byk kebaikan tambang murah dan lebey rileks..!

Kamariah Awang said...

Memang best Qaseh... Ma pun suka naik bas malam. Syok tidur dalam bas!

Naurah Napiha said...

seronok nye balik kg naik bas..lme sgt xbalik naik bas..bile dpt naik bas time balik kg ni memng semangat nye lain mcm kan..

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

seronoknya balik kampung dapat naik bas, dah lama benor rasanya akak tak naik bas, rindu gak

Hati Ema said...

lama jugak tak naik bas.... tunggu anak beso skit la... kang memekak dlm bas haru plak.. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...