nuffnang 3

14 February 2012

Belajar Menjahit



ASSALAMULAIKUM...




Akhirnya
cita-cita & impian nan satu ini tercapai juga akhirnya
Alhamdulillah


^


^


^



Dapat belajar menjahit
melalui Program Latihan 1 Malaysia
di Giatmara Bandar Tun Razak




^


^


^



Dah lama aku apply Program ini
bulan Oktober tahun lepas
tapi baru tahun ini ada rezeki
walaupun aku ditawarkan belajar buat "Blaus"
padahal aku minta untuk belajar jahit Baju Kurung
tetapi aku tetap teruja untuk belajar





KONSEP LATIHAN
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.



KUMPULAN SASAR
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:
  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group)
  • Ibu/Bapa tunggal · Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pekerja Industri / Kilang
  • Pesara
  • Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian


SISTEM LATIHAN
  • Kelayakan 3M (Menulis, Membaca & Minat)
  • Simple & Fleksibel-dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
  • Sistem Modular
  • 80% Amali & 20% Teori
  • Open entry / exit


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak Uzur
  • Umur 15 tahun ke atas
  • Minat dalam bidang yang dipohon
  • Lain-lain perkara yang menyokong permohonan   


CAJ/YURAN
  • RM1.00/Jam bagi Program Asas
  • RM2.00/Jam bagi Program Pertengahan


JANGKAMASA DAN PELAKSANAAN
  • Berdasarkan modul yang digunakan
  • Maksima 8 Jam sehari termasuk 1 Jam rehat samada dilaksanakan: -
  • Kelas Malam
  • Cuti / Hujung Minggu


BORANG PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui:
  1. Muat turun di sini "BORANG PERMOHONAN LATIHAN 1MALAYSIA-GIATMARA"
  2. Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
  3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri di alamat serta nombor telefon seperti "DISINI"







8 comments:

pinky said...

slamat menjahit...huhu

mummy2k said...

wah...good info...ada keinginan tp bab nk attend kelas tu jadi malas...hahaha

Eliss said...

teringin jugak nak menjhit . jahitan asas pun tak tahu mcm mana :p

|| NaFiRaa || said...

memang bagus belajar menjahit nih.. boleh buat duit kan~ dulu saya selalu jahit baju sendirik.. skrg dah tak sempat dah.. tambah2 dah ade anak nih.. semua baju tempah jek.. kikikiki

ayukhairy said...

tahniah..berminat gak..tapi tu la..kena waktu bekerja kan..

miloaiskurangmanis said...

rajin uols..
belajar buat baju kurung sekali lah beb
tempahan konpem banyak....

che mid said...

Salam kenal dari che mid.. bagusnya program tu.. dah berjaya nanti, kongsi la.. mungkin Che Mid pun boleh join..

Anonymous said...

salam. sis. giat mara tu btr tu ade jugak kursus solekan kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...