nuffnang 3

02 February 2012

Semakin Lasak Semakin Ligat



ASSALAMUALAIKUM...




Maaf, 4 hari menghilang tanpa khabar berita. Biasa la bila cuti lama sikit ada kemalasan nak update blog tapi Terima Kasih banyak-banyak kepada yang sudi jugak menjengah blog Qaseh yang tak seberapa ini.


Sekarang ini sangat-sangat letih melayan mylittle Hero aku yang sorang ini. Semenjak Ashraaf sudah boleh duduk, merangkak sikit, panjat & berdiri ini. Memang tak duduk diam, merangkak ke sana ke mari nasib ruang tamu rumah aku kecik je. Dah pandai sekarang dalam walker duduk kejap je kalo lama-lama mula dia asyik melalak je. Geram sangat, xsenang Mama dia nak buat kerja rumah, nak memasak & basuh baju.


Kalo letak dia main kat bawah, takut kang jatuh telentang, makan benda2 xsepatutnya, main wayar2 kat TV ye laa mana sempat nak tgk 24jam sibuk memasak kat dapur. Buat keje cepat2, hati pun tak tenang, risau-risau je. Serius, penat sangat-sangat terkejar-kejar bila buat keje. Alahaiii Adeel Ashraaf kenapa la Semakin Lasak Semakin Ligat ini...



Inilah tempat kegemaran
Mylittle Hero ini bermain


Tengoklah dia dah start mengemas hu huuu
kuat tangan dia tu pegang white board tu

Kadang-kadang tengah relax2 tengok TV pun xsenang sebab terjerit-jerit kat Ashraaf jangan pergi kat situ, jangan main kat situ nanti jatuh. Baru 9 bulan dia faham ke yang Mama dia marah2...hu huuu. lagi dia suka ada la siap pandang Mama dia pastu senyum lagii.


Betul la kata orang, bukan aku kata tau. Anak Lelaki ini lagi 2kali ganda lagi lasak & ligat dari anak perempuan. Masa Ayuni kecil dulu xde la lasak sangat macam Ashraaf ini...Lasaknya ya Ampunnnn. bukan 2kali ganda dah ini 10kali ganda kot. Setakat jatuh telentang, binjol dahi dan kepala, tangan tersepit tak sah la satu hari wajib ada tp mujurlah xde yang serius lagiii.


7 comments:

|| NaFiRaa || said...

hehehe.. Boy mesti lasak kan~ cam anak sedara saya.. Ya Allah, lasak sungguh!! kadang2 rasa nak gigit jek dia.. geram!

So Shy Lady (SSL) said...

amboih kmain lasak ye asyraf. ank akk baya ni slalu bbenjol dahi haha..slamat bcuti ye

emarieys said...

a'ah ada betul tu..lain lasaknya anak lelaki dgn perempuan

IntaNBerliaN said...

hihii lbh kurg alisha jugak ni..hehee

miloaiskurangmanis said...

comelnya!

nokk... biasa lah - anak2 nakal dan lasak ni... tak pe heols aktif - jangan heols monyok senyap aje... risau gak kan????

sal ya said...

memang lasak. Azfar pun macam tu jugak. kalau pegang je suka sgt melompat. adoiii la...

mama aini said...

ehem pandainya mengemas rumah !!..teringat waktu ank mama kecil dulu..hu2x..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...