Assalamualaikum
Salam 10 Ramadhan 1433 Hijrah
Pada 27hb Julai 2012 (Jumaat), berkesempatan menyertai satu bengkel kecantikan atas jemputan rakan Facebook Rafiedza Rashid. Bengkel yang di adakan di Ampang Waterfront adalah secara percuma tau. Jadi, siapa yang tak nak kan bagai "pucuk dicita ulam mendatang". Bab makep & cantik ini memang kegilaan aku sekarang. Walaupun pada mulanya my hubby tak mengizinkan tapi Alhamdulillah setelah dipujuk2 akhirnya dia bagi jugak. Thank you sayang...I love you very much!
Siapa pernah dengar tentang produk kecantikan Mary Kay ?
Siapa yang pakai & pernah guna produk ini?
*
*
*
Serius, baru tahun ini aku kenal produk Mary Kay
jadi mmg tak pernah guna pun produk ini
Maybe sebab tu aku pun teruja untuk mencuba produk ini
Bengkel di mulakan dengan penerangan oleh LelaNgaliman Image Pro (Mary Kay Beauty Consultant) tentang Mary Kay & produk-produknya. Barulah aku tahu serba sikit tentang Mary Kay, rupa-rupanya produk ini berada di Malaysia sejak tahun 2004 lagi dan jenama Mary Kay diambil daripada nama pengasas produk sendiri iaitu Mary Kay Ash.
Mary Kay bukan sahaja mempunyai produk kosmestik seperti dalam gambar di atas tetapi juga ada produk-produk penjagaan muka dan badan. Selesai penerangan kita semua diajar cara & tip untuk mencuci muka mengikut langkah yang betul. hu huu baru tahu cara yg betul selama ini suka hati je cuci muka.
Masa yang ditunggu-tunggu, Lela membuat demo cara apply make up menggunakan produk-produk Mary Kay di hadapan satu per satu sambil menerangkan sekali maklumat produk yang digunakan. Pastu tu turn kitaorg pulak berdemo pada muka sendiri dengan produk-produk Mary Kay ini.
Tengok la masing-masing bukan khusuk lagi makeup. Semuanya fokus pada cermin untuk last touch up pada muka masing-masing sehingga orang tangkap gambar pun buat tak tahu je. Dekat 1 jam jugak baru masing-masing siap makeup dan hasilnya tgk bawah.
Jeng
Jeng
Jeng
Tadaaa...How I look?
so sweet
so natural
i really love it
Me and Feexa Nicoll
Sesi terakhir pada hari itu setelah cantik-cantik,
semuanya berposing-posing la ambil gambar kan
Feexa ada menjual busana muslimah Hijab N the city
Sebelum balik sempat bergambar dengan
Lela dan Rafiedza (Mary kay Beauty Consultant)
buat kenang-kenangan.
1 comment:
xpernah guna produk nie....lagi pn akak xpndai makeup..sekadar secalit lipstik je....he..
nnti tinggalkn alamat kt email akak ye.
norzakiahabdullah@yahoo.com
Post a Comment