nuffnang 3

22 July 2012

Tinggal Kenangan



Assalamualaikum,
Salam 3 Ramadahan 1433 hijrah



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin Nya kita masih lagi berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Hari ini hari ke-3 kita semua berpuasa, Alhamdulillah puasa pertama dan kedua telah selesai ditunaikan dikampung bersama-sama Mak dan Abah yang tersayang.


Semasa dikampung sempatlah aku melawat rumah pusaka tinggalan Abah & Mak dikampung yang berdekatan lebih kurang 5kilometer dari rumah sekarang. Sudah lama aku kepingin ke rumah pusaka yang mana meninggalkan seribu macam kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Seperti kata perpatah tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat kita dilahirkan.



Rumah Pusaka yang usang dan terbiar inilah aku dilahirkan dan dibesarkan sehingga aku berjaya ke Menara Gading. Kami 6 adik-beradik semua membesar di sini. Kami membesar dikelilingi sawah padi yang terbentang meluas dengan suasana kampung yang indah,damai  dan udara yang nyaman sangatlah-sangatlah aku rindui.



Tatkala melihat rumah puaka ini, macam-macam kenangan yang kembali terimbau di kota fikiran aku. Segala kenangan di sawah padi, mandi sungai, memancing, bermain di halaman rumah, kenduri kahwin abang & kakak, berpuasa dan beraya di rumah ini masih jelas terbayang di dalam ingatan aku.



Rumah pusaka ini asalnya adalah rumah 2tingkat (bawah batu atas papan) seperti kebiasaan rumah-rumah kampung. Mempunyai 2bilik bawah dan 2 bilik atas, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu yang luas dan besar. Sayang seribu kali sayang rumah yang dibina hasil usaha dan titik peluh Abah mengerjakan sawah padi kini terbiar sepi tiada penghuni. Tiada apa yg tinggal lagi dirumah ini semuanya hanya tinggal kenangan.











Jual Murah
(Nursing Inner)


RM 20

3 comments:

che mid said...

Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain..

|| NaFiRaa || said...

rumah puaka tuh sebenar rumah pusaka kan??

sayangnye.. kenapa x de orang tinggal?? sedara mara pon x nak duduk kat situ? sayangnye~

NzA said...

kenapa rumah "puaka"????...ngeri je bunyinya.....

Kenang lalu mmg indah utk dikenang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...