nuffnang 3

09 September 2012

Suspect Tibi



ASSALAMULAIKUM...
23 Syawal 1433 Hijrah




Semua orang masih berseronok & bergembira beraya di kampung 
aku pula beraya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)



Inilah raya paling sedih seumur hidupku
menjadi tetamu tak diundang di ward 6E PPUKM
selama 5hari 5malam hu huuu


Tapi alangkah terkejut bila Doktor ckp yang aku disyaki mengidap penyakit Batuk Kering @ Tibi ( (Tuberkulosis). Penyakit ini disebabkan jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari ) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfatik, sistem peredaran atau "circulatory system" (TB miliari ), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.


Ini semua gara-gara kebanyakan tanda-tanda penyakit ini terdapat pada aku. Simptom-simpton penyakit Tibi :- 

  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.
Cuma aku tidak mengalami batuk berdarah dan berpeluh pada waktu malam. Tanda yang paling ketara pada aku iaitu batuk berkahak yang sangat banyak, sakit dada yang teramat sangat dan paling serius berat badan aku susut lebih kurang 5kg dlm masa 2 minggu. 


Malam pertama di ward memang aku tak dapat tidur sedih tau kena tinggal sorang2 di hospital. Paling sedih kena berjauhan dari mylittle Hero, mengalir juga airmata terkenangkan Ashraaf kat rumah dengan my hubby. Doktor nasihatkan aku daripada BF Ashraaf sebab takut berjangkit pulak kat Ashraaf. Tapi aku ckp kat Doktor yang Ashraaf tak minum susu lain. Then, Doktor tak bagi aku direct BF kat so aku terpaksa perah susu utk bekalan Ashraaf di rumah.


Selama 5hari kat ward tiap-tiap hari darah aku kena ambil, serius setiap kali jarum nak ditusuk masuk itulah saat paling nyeri buatku. Hampir 7 botol air yang dimasukkan di dalam badan aku hu huu yang mana membuatkan aku terlantar di katil shj. Bosan sangat bosan mmg di tahap maksima kena tahan lama-lama di ward. 

Alhamdulillah, kini aku kembali sihat dan syukur kepada Allah kena aku tidak menghidap penyakit Tibi ini. Serik dengan apa yang berlaku, aku tekad untuk menjaga kesihatan aku sebaik mungkin InsyaAllah.

 

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ya Allah... memang ujian betul tu. 5 hari 5 malam bukan singkat. Menyedihkan.

Tapi syukurlah ujian dah berlalu.

Anonymous said...

sian nyer.. apapun jaga diri yek

azieazah said...

Tumpang
simpati. Sangat kesian. Pengalaman 5 hari terlantar di wad saya dah
pernah rasa tahun lepas. Suspect denggi juga. Ambil darah tiap hari
juga. Seksa. Jadi saya faham.
Syukur dah sihat, and jaga kesihatan ok...

|| NaFiRaa || said...

alhamdulillah.. nasib x kena tibi tuh.. kalo x.. memang sakit jugak nak ikut rawatan tibi tuh~

Izza - Jiejah said...

kesiannya . jaga diri baik² ok .
minum air kosong byk² lepas ni.

Unknown said...

selamat berkenalan....

Zie Madini said...

ya ampun...harap-harap awak kembali sihat hendaknya dan di jauhi dr penyakit tu. aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...