Qaseh Gold

10 January 2013

Azam




ASSALAMUALAIKUM...

Salam Jumaat Mubaraka...
Semoga semuanya sihat sentiasa..




Entry pertama di tahun 2013...hampir sebulan lebih blog ini sunyi sepi kan. Maaf sangat2 rakan-rakan blogger semua.

Harap2 tahun ini lebih banyak cerita yg boleh Qaseh kongsikan bersama. Jadi Qaseh ingin tanamkan azam baru harap2 belum terlambat lagi hu huu...

Kenapa kita perlu berazam? 
ikut orang ke! orang berazam kita pun nak berazam...
Bagi Qaseh sendiri tak salah kita berazam kerana Azam memainkan peranan penting dalam hidup kita supaya kita lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu yang ingin kita capai. Boleh katakan Azam ini sebagai penanda aras kepada kita dalam mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Orang yang ingin berjaya akan sentiasa memasang azam....fikir - fikirkan lah.


Pasang Azam senanglah tapi tercapaikah Azam tu?
Tercapai ke tidak azam itu bukan soalnya betul tak. Perkara paling penting adalah kita telah berusaha sedaya upaya dengan pelbagai usaha dengan semangat yang kental tanpa berputus asa. Ia mencetuskan sesuatu yang positif dalam diri kita untuk terus berusaha merealisasikan apa yang diinginkan. 


Setiap Azam perlulah diiringi dengan Tawakal (berserah segalanya kepada Allah swt). Firman-Nya di dalam surah Ali-Imran: ayat 159

" Kemudian apabila engkau berazam, bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya " 




Apa Azam Qaseh? hmmm biarlah rahsia.... 





2 comments:

LiYa HaNiF :: said...

tak pe masih tak terlambat lagi hehehe...

slmt tahunbaru yer..

Kakzakie said...

Haa... baru kakak perasan lama juga aseh menghilang. Selamat berblog kembali Qaseh dan selamat tahun baru dah nak hampir 2 minggu ni :)

nuffnang 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...