nuffnang 3

16 January 2013

Siakap Black Pepper



ASSALAMUALAIKUM....




Hari ini Qaseh ingin kongsi resepi dgn rakan-rakan blogger semua
Qaseh mmg suka sangat masak ikan Siakap sbb isi dia sedap & harganya agak murah
Qaseh pernah kongsi resepi Siakap 3rasa & Siakap Stim kat sini kan

Kali ini percubaan pertama Qaseh Masak Siakap Black Pepper 
dan Alhamdulillah Myhubby sangat suka sehingga bertambah nasi.



Bahan-Bahannya
1. seekor ikan siakap 
2. 3ulas bawang putih
3. 5ulas bawang merah
4. 1ulas bawang besar
5. 2batang serai
6. 3/4 halia
7. 2sudu besar black pepper 
8. tepung gandung
9. tepung jagung
10. sedikit garam
11. sedikit serbuk kunyit
12. stok ikan/serbuk pati ikan bilis
13. 1susu kecil sos tiram
14. 2sudu besar kicap manis
15. 1sudu kecil kicap masin pekat
16. minyak masak
17. 2 cili merah


Cara Memasak
1. Siakap yang telah dibersihkan diletakkan garam, serbuk kunyit & tepung gandum. kemudian gorengkan dalam minyak yang banyak dan panas. gorengkan siakap sedikit garing.
2. Untuk sos Black Pepper - Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih & bawang merah yang dikisar halus.
3. semasa tumis bawang masukkan juga 2batang serai yang dititip & halia yang dihiris nipis 
4. kemudian letakkan sos tiram, kicap masin, stok ikan, black pepper & kicap manis.
5. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih seketika barulah masukkan bawang besar yang dihiris sedikit besar & juga cili merah yang dihiris nipis.
6. Akhir sekali letakkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air supaya sos lebih likat.
7. Letakkan Sos Black Pepper yang telah dimasak di atas Ikan Siakap yang telah digoreng tadi. Kalau rajin hiaslah ikan siakap tu cantik sikit letakkan daun bawang/sup ke nampak meriahkan yang Qaseh buat ini ala kadar je mana yg ada je hu huu...




Selamat Mencuba....






4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

vahvahvahhh..siakap!

Mun said...

fuhhh... dah lama xmakan ikan siakap nie...

terliur plak dibuatnyerr

Unknown said...

x pernah lagi masak ikan siakap nieh, kalu nak makan pi kedai.. hehe

Liyaa Mf said...

Tak pernah lagi rasa siakap black pepper ni. Boleh la nanti cuba kalau dah taktau nak masak apa. Hehehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...