nuffnang 3

25 January 2012

Penderitaan Abah



ASSALAMUALAIKUM...




Alhamdulillah majlis kenduri arwah di kampung selesai diadakan pada hari selasa yang lepas. Terima kasih kepada semua yang datang terutamanya jiran tetangga yang datang membantu. Korang perasaan tak kenapa aku kerap sangat balik kampung (Perak). boleh katakan sebulan 2 kali aku balik berbanding dulu 3 bulan sekali kot balik. Sebabnya aku risau keadaan Abah aku yang sakit. Keadaan Abah teruk dengan penderitaan luka di tapak kaki kirinya yang sudah hampir 2 tahun tidak sembuh. Memang Abah ada penyakit darah tinggi & kencing manis tapi tidak begitu tinggi.



sumber google

Lebih kurang beginilah luka di tapak kaki kiri Abah. Sungguh sayu hati bila mengenangkan penderitaan Abah. Yalah sebelum ini Abah sangat aktif & tak pernah duduk diam mesti ada aje kerja yang dilakukan. Tapi sejak kakinya luka akibat terkena kayu di tengah bendang semasa membajak jadi Abah jadi penunggu setia di rumah kerana pergerakan Abah kini terbatas. Kalo berjalan sekejap pun untuk ambil angin di luar rumah pasti luka di kakinya berdarah & pedih. Jadi, suruh abah pakai tongkat supaya memudahkan pergerakkannya dan kakinya tidak berdarah tapi abah kata xpandai guna tongkat dan akhirnya Abah memilih untuk berkerusi roda.


Aku ada mention kan Abah aku kena operate di Hospital Pantai Ipoh pd hujung tahun lepas. Disebabkan sakit yang terlampau pada luka di kakinya sehingga tidak boleh tidur malam Abah mengambil keputusan untuk dapatkan rawatan pakar di hospital swasta. Doktor pakar telah membuat pembedahan untuk membuang kulit2 & isi yang telah mati pada tapak kaki Abah dan 5 hari juga Abah di Hospital baru dibenarkan balik rumah. sebelum ini macam-macam rawatan yang Abah dapatkan. Daripada hospital kerajaan, klinik swasta hinggalah ke rawatan traditional semuanya Abah dah cuba berbagai-bagai ubat yang telah di makannya tetapi semuanya tidak sedikit pun meninggalkan kesan yang positif. Luka di kaki Abah masih macam tu, kesiannya Abah.



Antara produk-produk yang Abah telah cuba merawat luka di kakinya


Hampir setengah tahun Abah makan produk ini




Produk ini pun Abah sudah cuba
tetapi hasilnya tetap mengecewakan





Ini produk yang baru 3 hari Abah cuba
Ada saudara syorkan makan katanya bagus
(kita tengoklah hasilnya slps sebulan nanti)



Dari segi permakanan pun Abah jaga. Macam-macam Abah pantang dah macam orang lepas pantang pulak. Kadang-kadang kesian sangat sebab makan pun tak de selera & tak habis. Rakan-rakan blogger sekalian boleh tak bagi tahu produk-produk yang terbaik dan paling mujarab untuk luka macam Abah saya ini. Aku dah tak sanggup tengok Abah tanggung sakit kalo boleh aku nak Abah cepat sembuh. Kalo boleh emailkan tentang produk tersebut dengan testimoni produk tu sekali  ke yg_atira@yahoo.com untuk memudahkan saya review nanti.




9 comments:

MaryaYusof said...

Salam dear,
Sy tak tahu pasal ubat-ubatan ni tp u boleh suruh abah try produk monavie... sy tak pernah cuba tp pernah dgr org bercerita produk ni bagus & paling penting affordable... ni website ni, http://jusmonavie.biz/ bolehlah cuba...
Yg penting usaha, doa & tawakal :)

|| NaFiRaa || said...

huhuhu.. sedihkan kalo orang terdekat dengan kita sakit.. x senang hati dibuatnye..

ejaMaria said...

takziah untuk Abah... sabar dan terus berusaha ya...

Salina@IbuAqil said...

Semoga abah sis sembuh hendaknya.. Amin!!!

Redbloodsnow said...

ERKSS....loya plak zie tgk pic 1st tu. cecepat zie scroll dibah..hehe

Kakzakie said...

Ya Allah moga diberi ketabahan dan sembuh hendaknya. Kakak mohon maaf sebab tak ada pengalaman dan memang tak dapat membantu selain mendoakan moga abah sabar dan sembuh segera...

miloais milo said...

Ya Allah... kesian nya kat abah uols...
iols doakan semoga heols tabah ye...
dan segera sembuh...

iols bab ubat2 ni - tak reti beb...
maklum le.. bukan bidang iols ye....

-iLLa- said...

cuba try minum monavie....minum dengan kerap...insyallah nanti luka tuh cpt kering..

Sh@ S@peri said...

ye setuju..try minum monavie...minta doa pada ALLAH moga cepat sembuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...