ASSALAMUALAIKUM....
Ahad lepas telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan personaliti atau pengacara TV3, Adzriefaiz dengan isterinya, Suliza. Adzriefaiz, juga seorang pelakon ini telah bertunang dengan pasangannya sekitar awal Jun lepas dan telah dinikahkan pada 9 Disember lepas. Majlis mereka ini diadakan di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Kuala Lumpur. Kredit gambar sazastudio.
Selamat Pengantin Baru buat semua pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada cuti Tahun Baru Cina. Semoga Mahligai yang dibina sentiasa kukuh dan utuh walaupun ribut dan badai melanda. Semoga Bahtera pelayaran di alam rumahtangga ini akan dikemudi dengan sebaik-baiknya. Semoga cepat menimbang cahaya mata sebagai pengerat hubungan kasih & sayang. Akhir sekali Semoga Cinta yang bersatu kekal sehingga hujung nyawa.
No comments:
Post a Comment