(dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)
Alhamdullilah dah masuk hari ke 13 berpuasa...xpernah tinggal lagi. Harap2 cukup la sampai sebulan mcm tahun lepas...xpayah susah2 nak ganti pose nnt.
Dah 3 hari bertukar-tukar juadah berbuka puasa dengan jiran depan rumah. Walaupun duduk kat Apartment tak semestinya xbertegur sapa dgn jiran2 kan kan... Lebih2 lagi di bulan yg mulia ni. Bila bertukar-tukar juadah ni dptlah mengeratkan lagi tali siratulrahim di antara jiran tetangga. tak kira la apa pun juadah yg penting ikhlas.
Semalam, masak rendang daging. jangan ingat time raya je ada rendang. Saja buat lebih coz nak bagi kat jiran depan rumah balas balik kiuh-miuh yg dia bagi kelmarin. Takkan nak bagi pinggan kosong kot...so, penuhkan pinggan dgn rendang daging baru kasi balik kat tuan punya.
Inilah Rendang Daging dlm pinggan jiran hu huuu
snap gambo dulu br pergi bagi kat jiran
Bahan-Bahan
1. Daging Lembu Tempatan (dihiris nipis2)
2. Minyak masak
3. cili kering (diblender)
4. 3 ulas bawang putih
5. 5 ulas bawang merah
5. 1 ulas bawang besar
7. 1/2 inci halia
8. 3 batang serai
9. 1/2 kunyit hidup
10. 1 kotak santan
11. Kerisik
12. daun limau purut
13. 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih & lawang)
14. asam keping
15. garam
16. air
Cara Masak
Blender bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, kunyit dan serai (guna 2 batang je) sehingga halus.
Panaskan minyak dan masukkan 3 sekawan. kacau dan masukkan semua bahan-bahan yang telah diblender tadi.
Tumiskan sehingga naik bau baru masukkan cili kering yang telah diblender. masukkn sedikit air dan kacau sehingga cili betul2 masak dan pecah minyak.
Masukkan daging lembu dan kacau sehingga bahan2 yg dimasak mesra dengan daging tadi. masukkan santan, asam keping dan sedikit air. biarkan 15 minit dan kacau sehingga kering sedikit.
Masukkan kerisik dan daun limau purut kacau sehingga betul mesra. masukkan sedikit garam kacau lagi biarkan 5 minit baru tutup api.
WAKTU BERBUKA HARI INI
7:27 MALAM
(bg Kws WP Kuala Lumpur dan kws2 sewaktu dgnnya)
- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN -
No comments:
Post a Comment