nuffnang 3

04 August 2011

Juadah Berbuka Puasa : Pedal Masak Kicap

Petang ni nak kongsi resepi Juadah Berbuka Puasa

PEDAL MASAK KICAP


Bahan-bahannya

1. pedal ayam (digoreng terlebih dahulu)
2. 2 ulas bawang putih (dikisar halus)
3. 2 ulas bawang merah (dikisar halus)
4. sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih
5. sos tiram
6. sos tomato
7. kicap manis
8. 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
9. 5 btg cili padi
10. 1/2inci halia (dihiris nipis)
11. 2 btg serai
12. sedikit lada putih
13. Planta @ Majerin

Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak dan masukkn planta biar sehingga larut
2. masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih, baru masukkn bawang putih, bawang merah & halia yg telah dikisar halus. masukkn sekali serai yg diketuk. tumiskan semua bahan yg tlh dimasukkn tadi sehingga berbau harum.
3. Selepas itu, masukkan sos tiram, sos tomato, pedal yg tlh digoreng, bawang besar dan kicap. gaulkan semuanya sehingga betul2 mesra dgn api yg sederhana.
4. kemudian masukkn sedikit lada putih dan cili padi. gaulkan dahulu dan tutup api. sedia untuk dihidangkan.




WAKTU BERBUKA HARI INI
7:29 MALAM
(bg kws WP Kuala Lumpur & kws2 sewaktu dgnnya)


- SELAMAT BERBUKA & SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TERAWIH -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...