Bismillahirahmanirahim
(dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)
Pagi ini semangat berkobar-kobar mau balik kampung, tp satu apa pun belum packing lagiii...whuu waaaa..xtau mana satu nak packing ni. banyaknya barang nak bawa balik ni. muat ke tak nak letak dlm bonet kereta Myvi ni. Baju je rasanye dah 1 beg besar dgn 2 beg kecik. Kuih dah satu beg plastik besar. Pampers Ashraaf lagi 1 beg, susu ayuni 1 tin besar, buaian Ashraaf dan toto. mana nak campak barang2 yg banyak ni dlm RM (Red Myvi). Pandai2 my hubby masukkn & susun dlm RM nnt. w'pun keje aku packing brg je pening jugak nak pilih bj mana nak bawa ni. ye la seminggu tu kat kampung kena la angkut baju lebih 5 pasang sorang (tak termasuk bj raya tau).
Malam td slps berbuka puasa di luar (first time berbuka diluar). Berbuka kat Santai Cafe dkt Tasik Permaisuri xjauh pun dr rumah 5 minit je sbb last2 minit decide nak mkn luar jadi yg mana sempat je lahh. Buffet Ramadhan just RM 25/adult and RM 15/children. Makanan dia boleh tahan sedap jugak la...
Meja sebelum penuh dgn makanan
harapkan Papa je yg ambilkan
Papa pegang Ashraaf pulak
Mama nak melantak lagi huu huu
Selepas kenyang makan terus balik rumah. rehat2 kejap pastu ajak my hubby pergi shopping kat jalan TAR tp my hubby bw pergi downtown je (sedih jugak la xdpt pergi jln TAR)...my hubby ckp jam dan ramai sgt org kat sana. so, xnak spoilkan mood utk shopping jadi aku pun ikut je lah.
kitaorg sampai awal jugak la dlm kul 9.40 so, gerai2 byk tak buka lagi. so, tunggu jap dlm kul 10.00 br la kitaorg mulakan rondaan. Macam biasa la kena buat satu round dulu survey2 pastu br la beli. Sempat jugak singgah gerai tudung Bienda. Dia dgn husband dia ada kat situ. Aku borong tudung je mlm td 4 helai (2 utk aku, 1 utk Mak dan 1 utk anak sedara)..Oppp lupa 1 helai tudung utk Ayuni. My hubby beli songkok je...tu je yg beli tp dekat 1jam lebih kat Downtown ni. Mmg tenaga dah betul2 xde dah masa tu sampai nak jln pergi kat kete pun dah hampir nak pitam. Pagi td mmg xlalu nak bangun...sakit satu badan tp kuatkan jugak utk sahur. So, roti dgn telur je menu sahur pagi td.
Ok la...nak start packing baju & barang2 ni. masak la aku satu hari ni buat keje packing2 je...alamatnya berbuka kat luar lagi la hari ni.
2 comments:
selamat hari raya, maaf zahir dan batin. take care sepanjang cuti raya nnt ye
nmpk mcm byk sgt je nk kena packing tu..hehe..
selamat hari raya..maaf zahir dan batin.. =)
Post a Comment