nuffnang 3

04 August 2011

5 RAMADHAN 1432 HIJRAH : PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA (Jualan Terus dr Kilang)

Jom Shopping Raya!

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang
Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)


3. Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.
4. Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

5. Oleh itu, kami memohon kerjasama Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, untuk menyebarkan maklumat ini kepada seluruh bahagian di Kementerian / Agensi Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
6. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:-


i. Encik Asaari bin Zainuddin
No. Tel : 03-8882 5767
Emel :
asaari@kpdnkk.gov.my

ii. Puan Noorizati binti Ibrahim
No. Tel : 03-8882 6931
Emel :
noorizati@kpdnkk.gov.my

Sekian dimaklumkan.
"Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1 Suara"

1 comment:

Nizam Ijam said...

duit xde la pulak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...