nuffnang 3

08 August 2011

Penantian 7 tahun akhirnya dikurniakan anak kembar 4

Tahniah...Tahniah...Tahniah

kpd Pasangan

Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39,

 & Hazli Zakaria, 39

kerana dikurniakan anak kembar 4


^

^

^

^

^


Murah rezeki pasangan ni
dpt anak 4 org sekaligus
yg seronoknya complete set
(2 girls & 2 boys)
so, xyah beranak lagiiii


Dr JASMINA  - Bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.

Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.

“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).

“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.

“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.

“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.








- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN & KETAQWAAN -

5 comments:

ayu said...

alhamdulillah..rezeki kan..

zaidah said...

rezeki Allah tak siapa tahu...

Miss Nadya said...

alhamdulillah..rezeki..:)

new entry :: Day 04 - A picture of yourself and a family member

mamaqaireen said...

rezeki dari Allah..bestnye! ^_^

anisalya said...

rezeki masing2...
teringin jugak nak kembar.
hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...