nuffnang 3

23 December 2011

TAMAN PERTANIAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM

ASSALAMULAIKUM...


Salam 1 MALAYSIA,


Hujung minggu yang di nanti pastinya ramai yang sudah merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga masing-masing. Tidak kira ke mana pun kita pergi bercuti yang penting semuanya dapat gembira. Di Malaysia ini banyak tempat-tempat menarik dan menyeronokan untuk dilawati bersama anak-anak. Seperti di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam atau dulunya popular dengan panggilan Bukit Cerakah. Pada hujung minggu yang lepas, berkesempatan pergi ke sana bersama-sama keluarga abang ipar dan adik iparku. tanpa dirancang pun sebenarnya sampai di Bukit Cahaya pun dah pukul 4 petang. memang lama sungguh aku tak datang ke sini, last aku ke sini masa lawatan kolej kira-kira 8 tahun yang lepas.



Taman Bukit Cahaya Seri Alam merupakan sebuah taman pertanian pertama dan terbesar di Malaysia. Satu-satunya taman pemeliharaan semulajadi Malaysia dan berperanan sebagai pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian. Keluasan taman ini meliputi 865 hektar dan menawarkan tempat-tempat menarik seperti sawah padi, taman kaktus, taman orkid, taman rama-rama, taman rempah ratus, tempat memancing dan sebagainya yang berkonsepkan alam semulajadi. Beroperasi 9.00pagi - 4.30petang (setiap Selasa - Ahad). Isnin ditutup kecuali cuti sekolah @ pelepasan am. Bayaran RM 3.00 utk dewasa - 12tahun dan RM 1.00 utk 4 - 11 tahun. 




Naik Bas yang disediakan secara percuma.
Basikal pun ada tapi kena caj RM 0.50/jam


Kitaorang turun ari bas kat Rumah 4 Musim
tapi xdapat masuk sbb dah nak tutup
terpaksa jalan kaki ke tempat lain pulak



Semasa berjalan ternampaklah monyet-monyet
yang berada di pokok-pokok bergayut-gayut


Sempat merentasi Titi Hayun (yg tak berapa berhayun pun)
lebih kurang 100 meter jugak lah


Akhirnya selamat sampai hu huuu
penat betul dukung mylittle Hero ini


Singgah sebentar di Taman Haiwan dapat tengok arnab,
burung kakak tua, tenggiling, kura-kura, rusa dan kuda


Bergambar di tasik sebelum meneruskan perjalanan
check point akhir iaitu ke tempat pintu masuk


Inilah ahli-ahli rombongannya
Semuanya kepenatan w/pun xsampai separuh menjelajah taman ini
sedih banyak tempat lagi xdapat pergi sebab kesuntukan masa






Pokok kaktus batangnya berduri
Ada masa kitaorang datang lagi



1 comment:

@ffa@Li3 said...

pergh siap dukong bby...mmg terer...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...