nuffnang 3

13 January 2012

BETUL-BETUL TERUJA

ASSALAMUALAIKUM...




Teruja, gembira & bahagianya aku rasa pabila aku melihat sendiri Mylittle Hero buat pertama kalinya berdiri tanpa bantuan sesiapa. Memang sungguh indah saat itu, sangat-sangat membuat aku terkejut tapi ia membuat aku kagum jugak sebab myHero ini belum pun boleh merangkak tiba-tiba berdiri. Gembiranya kerana aku sempat ambil gambar myHero di saat yang mengujakan itu.



Rentetan Adeel Ashraaf Pertama Kali Berdiri


Ashraaf dah boleh mengesot-gesot ke depan
jadi aku biarkan Ashraaf bermain dilantai
supaya dia bebas menerokai dunia dia
tidaklah hanya duduk dalam walker dia saja


Walaupun bebas menerokai sampai di bawah kerusi
tapi aku tetap mengawasi Ashraaf setiap masa & ketika
semakin ligat mengesot untuk dapatkan apa dia nampak


Amboi-amboi bukan main seronok Hero Mama sorang ini
sampai senyum tersengih-sengih bila Mama panggil nama dia
Memang lasak la bukan Ashraaf ini nasib baik xboleh merangkak lagi
kalau tak semua cerok/celah kat rumah ini dia masuk


Tengok apalah yang dia dapat di bawah kerusi tu
(kakak dia punya mainan la tu suka sgt letak sepah-sepah)
pastu suka sangat masuk dalam mulut...
geram Mama tau!!!


Alih-alih tengok dia dah sampai ke meja tu
pertama kali juga tengok dia beraksi macam tu
Jadi aku pun snap-snap gambar guna handset aje


Aku panggil nama dia spy dia tengok aku
sbb Mama dia excited duk snap-snap gambar
baru comeyyy gambar kan kan



Bila nak snap lagi sekali
tiba-tiba dia lepaskan kedua2 belah tangan dari meja
tengok dia berdiri beberapa saat laaa
pastu terus telentang...kebaboommm
(terus campak handset atas sofa)
nangis sekejap saja, biasalah Hero hu huuu




Melihat anak-anak berupaya menguasai satu tahap ke tahap yang lain adalah suatu perasaan yg cukup gembira bagi yang bergelar IBU terutamanya bila dapat menyaksikan sendiri anak kita daripada meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan akhirnya berjalan. Semua pengalaman itu betul-betul mengujakan kedua-dua Ibu Bapa kerana setiap anak berbeza-beza perkembangannya. Macam Ashraaf ini, dalam usia lapan bulan lebih ini perkembangan yang ditunjukkan sgt-sgt mengagumkan diriku.




5 comments:

suri solehah said...

memang seronokkan..tak kiralah anak ke berapa pun..tapi time bangu ni risau skit..takut terlentang

Unknown said...

yeah..dio dah boleh diri lepas tgn...good boy..;)

MamaYatie said...

salam kenal qaseh!
chaiyok3x...tak lama lagi jalan la tur kan...

Unknown said...

Salam,
Betul tu qaseh suhaida, melihat perkembangan anak bagaikan miracle dlm hidup kite kan... lepas ni ur hero terus jln la nampaknye ni ;)

Unknown said...

betul tue..
sangat seronok tengok perkembangan mereka..
walaupon dalam sehari berapa jam jer kita dengan die sebab kerja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...