La la laa laaaa...mood sangat gumbira hari ini kerana tak sabar mau balik kampung. Hati mmg la happy tapi bila tengok rumah tak kemas lagi, baju sebakul tak basuh lagi dan baju & barang2 tak packing lagi. mula la kepala aku serabut. La laa laa tukar jadik Whu waa waaa...
Bangun pagi ini sibuk la dari bilik tido ke dapur ke bilik air mengemas, membasuh dan menyidai baju dah macam lipas kudung dah. Nasib baik mylittle Hero dalam walker senang nak buat keje tp tu pun asyik ikut buntut Mama dia je. Bila tak nampak Mama dia je mulalah melalak aduhaiiii. Tak senang jugak Mama nak buat keje cepat-cepat.
Petang nantilah baru packing baju & barang2 sbb nak packing ini kena buat slow2 xleh kelam kabut nanti mesti ada yg tertinggal punya. Reminder diri sendiri kerana selalu terjadi tertinggal seluar kecik en. hubby kua kua kua...(masam la muka dia 3 hari kat kg). Berus gigi pun selalu gak tinggal. Kadang-kadang tu dah ingat dah tapi macam mana boleh lupa aku pun tak tau. maybe banyak sangat nak ingat kut sabar je lahhh.
Ok lah xleh citer panjang-panjang nak sambung kerja2 yang masih lagi belum siap. Nanti my hubby balik kerja tgk satu pun belum packing bising pulak dia nanti sbb pagi-pagi dia dah pesan kemas barang nak balik kampung.
Sebelum itu, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua dan kepada yang menyambut "Tahun Baru Cina" selamat bergembira bersama-sama keluarga. Rakan-rakan blogger yang balik kampung "Hati-hati di jalan raya, Pandu Cermat & berhemat ". semoga selamat disepanjang perjalanan pergi dan kembali nanti.
8 comments:
seronoknya blk kg...huhuhuhu..sy xbalik..tp xpe sbb org kg datang cni..hehehe
sonoknye balk kg.. kite tak dapat balik.. duduk rumah saje... uhuhuh..
errr raya cina ni duk umah jer... kampung pun xde.. sbb duduk dekat je dgn mak dan mak mertua.. anytime boleh jumpa.. hehehehe
hati2 di jalan raya...
selamat bercuti..besshh nyer balik kg :)
take care kak! ;)
tak balik kampung punn...dok kat sini jerr...
selamat bercuti!
Post a Comment