nuffnang 3

01 August 2011

2 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Cerita tentang Eskpo Parenthood 2011

Assalamualaikum...

Salam 2 Ramadhan 1432 Hijrah, Alhamdullilah dah selesai puasa yg pertama dgn jayanya...harap2 puasa hari ni & seterusnya pun sama jugak. Hari ni nak citer ttg 7th Parenthood Ekspo 2011 di Midvalley hari Jumaat lepas.

Memang best kalo pergi ekspo ni, mcm2 barang baby & ibu dijual murah2 pulak tuu. mmg juling mata la kalo pergi ekspo ni...xtau nak pilih, semua cantekkk & murah2. Hu huuu nasib baik masih boleh control kalo tak mmg beratus2 habis kat ekspo ni je.

Sampai je kat ekspo ni mmg aku terus laju pergi ke Booth BAJUIBU mmg aku target dr awal lagi nak tgk baju2 menyusu kat situ...mmg aku siap try 2 3 helai baju menyusu kat situ.Nasibla my little Hero tu xbuat perangai duduk diam je dlm stroller. Pilih punya pilih, try pun try....Akhirnya aku beli 2 pasang baju. sepasang baju kurung biru & sepasang baju kurung Pahang purple (nnt sy upload gambar). Nasib ada diskaun 20% so berbaloi la jugak.


Terima Kasih kpd Puan Syuhada pemilik Bajuibu ni mmg peramah orangnya. Terima kasih jugak kpd Mak Puan Syuhada ni sbb tlg jaga my little hero semasa mak dia tengah sibuk try2 baju. Kalo nak Baju Menyusu yg cantekk atau utk Raya nnt sila la klik di SINI. Selain baju2 kurung terdpt jugak baju2 kasual, formal & semi formal di Bajuibu.com



Sempat jugak tgk & dgr TalkShow Dynas & Pn Rita (Moms little One). Byk info ttg Breastfeeding yg diorg perkatakan. Ye la dua2 dah ada pengalaman menyusukan anak dgn SuSu Ibu secara eksklusif.



Lepas talk...pusing2 kat Hall 3 pulak. saja2 nak tgk Booth DNA & MLO. Dress DNA mmg Cantekkk tp harga pun boleh tahan la.Tgk la dress sedondon ibu & anak tuu..mmg cun kan.



Pusing2 lagi, singgah jap kat FabulousMom punya Booth. Mcm2 ada, tp yg paling menarik produk baju dlm wanita yg khusus utk menyusu yg mmg elegant rekaannya & sgt2 selesa dipakai. Sekadar belek2 tgk je xbeli pun ms tu rs mcm rugi la pulak.



Pusing punya pusing satu ekspo tuu. Sampai xsedar dah pukul 6. Ms yg dinntkn semua org iaitu cabutan bertuah. xde rezeki agaknya xdpt pun cabutan bertuah...jeles tau kat chiness yg dpt stroller n carseat yg beribu2 harga dia. Habis je cabutan bertuah Papa pun sampai.Tp xabis lg shopping tuuu. Ajak Papa pulak g beli brg yg sememangnya aku nak beli sblm beranak lg. Sebenarnya aku dah pilih & nak bayar dah ms tu tp xboleh pulak guna creditcard, sbb tu la terpaksa tggu Papa dtg. Nak tau apa brg tuuu, jom tgk kat gambar bwh ni.



Inilah dia Cloth Diapers, Skrg ni dah ramai ibu2 menggunakan CD ni atau lampin guna semula. Ini salah satu langkah untuk jimat & juga yg paling penting menjaga alam sekitar (Go Go Green). Permulaan percubaan aku cuma beli 4 CD dulu + liners kat Autumzs Booth. harga dia mmg murah dibandingkan dgn booth2 lain yg jual CD jugak. Aku siap dah survey awal2 dr dtg lagi. Macam2 corak sampai xatu nak pilih yg mana satu. dekat setengah jam gak dok pilih CD ni je. Rembat 4 CD dgn harga RM110 + liner RM 13. mmg berbaloi2 coz 1 CD dpt percuma 2 absorbent microfibre insert.



Jeng...Jeng...My little Hero with Cloth Diapers yg baru beli. . So, no more pampers lagiii. boleh la jimat kan.



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KESABARAN & KETAQWAAN

Waktu Berbuka hari ni bg Wilayah Persekutuan & Kawasan2 sewaktu dgnnya adalah 7.30 Malam.

 - Selamat Berbuka dan menunaikan Solat Terawih -

1 comment:

Edy Ramanov said...

wah, bestnya dah shopping raya. hehehe. edy dah follow kat sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq. selamat menjalani ibadah puasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...