nuffnang 3

29 December 2011

Tadika Islam Majlis Agama Islam W.P KL

ASSALAMULAIKUM...

Salam Jummaat Mubarak kpd semua,



My Princess Ayuni akan melangkah ke Tadika tahun depan. Pada hari Selasa lepas dah daftarkan Ayuni masuk Tadika Islam yang sememangnya dekat dengan rumah. Tadika Islam ini di bawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi, semua subjek mata pelajaran dan aktiviti tadika ini mengikut isi kandungan daripada MAIWPKL sendiri.



Menunggu giliran untuk berjumpa dgn Pengetua
bayar yuran pendaftaran & yuran utk 2 bulan
(terpaksa angkut Mylittle Hero sekali)



Pengetua yang memakai tudung kuning tuu
sangat peramah orangnya



Ayuni dengan cikgu kelasnya (lupa nak tanya namanya)
kena bayar yuran uniform sekolah, baju sukan & buku sekolah



Inilah uniform sekolah Ayuni kena cuba dulu
 sbb nak pilih saiz yg sesuai dgn My Princess ini
ternyata saiz "S" je yg padan dgn badan Ayuni



Ayuni dapat kelas Saidina Othman
4hb Januari 2012 ada orientasi dan taklimat
5hb Januari 2012 baru Ayuni start kelas




KENAPA TADIKA ISLAM MENJADI PILIHAN?


1. Pendidikan Islamik yang diterapkan
Membina sahsiah diri anak-anak diperingkat awal dengan pendedahan dengan kisah-kisah Rasulullah & surah-surah hafalan, bacaan doa & alunan zikir seterusnya diamalkan dalam kehidupan harian mereka.


2. Pengajaran Asas Islam secara Formal
Perkara-perkara Fardhu Ain seperti cara-cara berwudhu, solat, hafalan surah akan diajarkan secara formal di Tadika Islam. Disamping itu, pemakaian uniform sekolah yg bertudung dapat mendidik anak-anak untuk menutup aurat.


3. Membentuk Akhlak Mulia dalam Diri Anak-anak
Membentuk akhlak yang baik kerana di ajar supaya menghormati ibu bapa, guru, berdisplin, berdikari & sebagainya. Pendedahan kepada ayat-ayat Al-Quran & Zikrullah akan melembutkan hati mereka agar mudah mendengar kata dan menyuburkan karakter Muslim dalam jiwa anak-anak.




"Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi." Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya setiap anak-anak dilahirkan sebagai seorang Muslim, maka Ibu bapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya.






7 comments:

MamaEma said...

Alhamdulillah...anak ema dah iga kali didaftarkan sekolah tadika perpaduan....walaupun thn depan dpt tawaran tadika islam....

NzA said...

selamat melangkah ke alam persekolahan ayuni...

p/s: bbrapa kali akak nk masuk sini ttp xdpt krn detect virus malware...

ayu said...

bagusnya, alhamdulillah..

~ yus ~ said...

Selamat melangkah ke tadika ya ayuni...:)

Papa Mifz said...

serius muko cikgu kelas tu yer...

fiezaradzi said...

nak tnya kat mana tadika ni? sbb yg penah tgk dia ambil umur 5-6 tahun je. 4 tahun leh gak ek?

suri said...

Perlu perbanyakkan lagi Tadika Islam....sekarang ni memang risau juga nak hantar anak-anak ke sebarang tempat....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...