nuffnang 3

04 December 2011

IslamGRID Obor yang Menyinari Alam

Assalamulaikum,


Hari ini nak kongsi tentang laman sesawang yang baru dilancarkan iaitu www.islamgrid.gov.my.


Projek IslamGRID adalah projek kerjasama terutamanya antara MAMPU dan JAKIM (sebagai pemilik) yang mana kedua-duanya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi lain seperti MOSTI. Objektif projek adalah untuk mengumpul, memulihara, menyebar dan mempromosi Ilmu Islam kepada semua umat Islam global, samada di sektor pentadbiran, industri dan komersial. IslamGRID merupakan pusat repositori kandungan digital Islam dan kolaborasi global Ilmu Islam yang lengkap dan menyeluruh.

Laman utama IslamGRID




Pasukan Projek IslamGRID secara rasminya telah ditubuhkan pada 15 Julai 2008 yang dianggotai oleh dua belas (12) Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) di bawah perjawatan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Pasukan IslamGRID adalah merupakan salah satu pasukan projek di bawah Pasukan Kepakaran ICT Sektor Awam, MAMPU. Ianya juga merupakan salah satu projek Pembangunan Kandungan Sektor Awam menerusi pelan perkhidmatan Jalur Lebar (Broadband) Negara yang dipantau sepenuhnya oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).




Antara yang menarik dalam laman web IslamGRID ini
adanya AL-Quran secara maya yg boleh dibuka
seperti naskah Al-Quran yg sebenar.
Bersesuaian dgn zaman teknologi sekarang.
Boleh di baca di mana2 sahaja selagi ada internet.






Aku tertarik sangat dgn satu part yg mana
terdapatnya DOA-DOA HARIAN yang dibuat
dlm bentuk video animasi yg amat menarik
Sgt sesuai bg ibubapa yg ingin mengajar anak-anaknya
dgn doa-doa harian dgn mudah & interaktif



Banyak lagi yang menarik seperti tentang Islam seperti:-

Rukun Islam


Rukun Iman

Ilmu Islam

  • Aqidah

  • Ibadah

  • Akhlak

  • Taharah

  • Tasawwuf

  • Muamalat (Jual Beli)

  • Munakahat (Perkahwinan)

  • Undang-undang Islam

  • Sejarah

  • Tokoh Islam

  • Seni Islam

  • Ekonomi Islam





  • Semoga sinar ISLAM akan terus menerangi seluruh dunia
     bertepatan dengan slogan IslamGRID iaitu
    "OBOR YANG MENYINARI ALAM"







    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...